Berita Am

Ismail Kamus meninggal dunia

Pendakwah terkenal tanah air, Datuk Ismail Kamus dilapor meninggal dunia sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan. Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al Fatihah,” menurut akaun Facebook rasmi pendakwah berkenaan hari ini.

Sementara itu, menerusi akaun Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, memberitahu, Allahyarham yang juga pengasas persatuan berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 pagi tadi di kediamannya di Ampang.

Sebelum ini, Allahyarham yang berusia 71 tahun dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ismail.

“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah.” katanya menerusi akaun Twitter pagi ini.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: