Apa pesan mak, apa pula pesan ayah?
Sesi persekolahan kembali semula, bagi ibu bapa inilah waktu yang agak sibuk, kelengkapan persekolahan perlu disediakan, yuran sekolah perlu dibayar. Anak-anak yang duduk di asrama pula, ibu bapa pula ikut sama hantar mereka ialah, segala beg pakaian, barangan peribadi perlu diangkut sama. Bagi mereka yang mempunyai anak yang baharu memasuki tahun 1, ibu dan bapa terpaksa mengambil cuti, masing-masing tak mahu melepaskan peluang menyaksikan momen anak mereka buat pertama kali memasuki alam persekolahan.
Melihat anak kali pertama memasuki persekolahan tahun satu merupakan detik penting yang selalunya tidak mahu dilepaskan oleh ibu dan bapa. – SUMBER GAMBAR MEDIA SOSIAL |
Namun yang lebih penting, cuti tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga, manalah tahu kerana tidak biasa anak-anak boleh jadi meragam, menangis teriak di sekolah mencari ibu dan bapa mereka. Apabila buka semula sekolah ni, ramai yang akan terimbas semula kenangan mereka ketika dizaman persekolahan dahulu. Ada perkongsian menarik yang tular di media sosial tentang perbezaan pesanan oleh ibu dan bapa sebelum kita ke sekolah. Memang menggelikan hati, tetapi jika diperhati, memang ada kebenarannya. Jom kita baca, Dekat-dekat sekolah nak buka ni, teringat pesanan mak dan ayah masa sekolah dulu-dulu. Sepuluh pesan mak, satu ja pesan ayah (yang ni kita akan ingat sampai bila-bila) *Pesan Mak* 1. “Belajar bersungguh-sungguh. Jangan main².” 2. “Kalau tak faham, angkat tangan. Tanya cikgu.” 3. “Waktu rehat pergi kantin. Makan. Jangan tak makan pulak. Nanti lapar tak boleh fokus belajar.” 4. “Duit jangan habiskan. Jimat. Boleh masukkan dalam tabung. Simpan untuk masa depan.” 5. “Jangan melawak lebih² dengan kawan. Berkawan elok². Jangan bergaduh.” 6. “Jangan nakal².” 7. “Jaga baju. Jangan bagi kotor. Jaga kebersihan.” 8. “Sebelum belajar, jangan lupa baca doa. Minta tuhan bagi faham.” 9. “Habis kelas, salam tangan cikgu. Supaya ilmu berkat.” 10. “Habis waktu sekolah terus balik. Jangan merayap ke tempat lain.” *Pesan Ayah* 1. “Ingat pesan mak hang tu.” Betul kan? Rindu betul zaman sekolah, anda pula bagaimana?