Anwar pilih Tambun, tinggalkan PD

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding di Parlimen Tambun di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mendatang.

Ia sekali gus menyaksikan beliau akan meninggalkan Parlimen Port Dickson yang dimenanginya semasa pilihan raya kecil Parlimen itu pada 2018.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengumumkan keputusannya itu semasa berucap pada Konvensyen DAP yang diadakan di Ipoh, Perak, semalam.

Sementara itu, menerusi akaun media sosialnya, Anwar berkata, PH pada PRU15 ini akan bekerja kuat untuk merampas Putrajaya serta Perak.

“Apa khabar Tambun? Alhamdulillah, saya telah mengumumkan sebentar tadi bahawa saya akan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 mewakili Harapan.

“Kita akan bekerja kuat dan pastikan Harapan akan menawan Putrajaya sekaligus merampas negeri Perak!,” katanya.

Editor

Related Posts

Bantuan khas RM10j kepada pesawah di Pantai Timur

Sebanyak RM10 juta bantuan

Read more

Ahmad Zahid, Fadillah diumumkan sebagai TPM

Perdana Menteri, Datuk Seri

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: