Kesihatan

Anak dijangkiti pneumonia, wanita kongsi pengalaman guna CuepacsCare

Rawatan di hospital swasta bukan sahaja selesa dan pantas tetapi tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan tersebut sekiranya tidak memiliki medical card atau insurans.

Kos yang tinggi di hospital swasta merupakan faktor utama medical card merupakan satu-satunya pilihan jika mahu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Namun, kos untuk memiliki medical card juga mungkin diluar kemampuan rata-rata kebanyakan rakyat di Malaysia terutamanya medical card yang memberi perlindungan seisi keluarga

Bagaimanapun perkongsian Puan Nur Shahidah melalui Facebook mengenai CuepacsCare baru-baru ini membuka mata orang ramai terutamanya penjawat awam terdapat medical card yang menawarkan perlindungan untuk seluruh keluarga pada kadar mampu dimiliki.

Perkongsian Puan Nur Shahidah mengenai pengalamannya menggunakan CuepacsCare telah mendapat hampir 3,000 share di Facebook. Berikut merupakan perkongsian Puan Nur Shahidah:

Assalamualaikum, hari ini saya nak share pengalaman guna medical card CuepacsCare khas untuk penjawat awam.

Ok ceritanya macam ini, bulan lepas (November 2019), anak kami yang nombor 2 selsema + kahak sudah lebih kurang 3 minggu.

Kami sudah bawa pergi klinik dua kali utk pemeriksaan, ambil ubat dan sedut kahak. Sampailah 29 November lepas, temperature naik sampai 39°c, kami terus bwk pegi KPJ Ampang Puteri untuk berjumpa dengan jumpa Doktor.

Doktor maklumkan anak kami memang kena warded. Jadi kami berurusan di kaunter, tunjuk card CuepacsCare. Staff tu ckp dia dah call cuepacscare, malangnya belum tamat tempoh 120 hari pertama. (dalam tempoh 120 hari pertama ada penyakit-penyakit yang dilindungi, ada yang tidak dilindungi).

Apapun CuepacsCare maklumkan perlu semakan lanjut dengan Doktor di CuepacsCare. Tunggu punya tuggu, tidak lama selepas itu kami terima SMS, permohonan diluluskan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Cuma kena bayar RM300 deposit (pihak hospital mita). Duit akan refund masa discharge.

Dipendekkan cerita, berkampunglah di KPJ Ampang Puteri 6 hari 5 Malam. Tempat selesa, layanan first class, servis keseluruhan KPJ memang terbaik.

Sampai hari discharge, tengok bil terbeliak biji mata dekat RM10,000. Tapi dengan CuepacsCare ni, yang kami perlu bayar hanyalah RM70 saja untuk pendaftaran kemasukan wad. Kemudian pegi ambik ubat, dapatlah discharge dengan tenang.

Yang bestnya jugak, boleh claim dgn CuepacsCare 30 hari sebelum warded dan 30 hari selepas warded segala bill klinik yg berkaitan dgn penyakit tersebut. Anak saya disahkan kena pneumonia. (actually dia complete with vaksin Pneumoccocal 4 dose, tapi tetap boleh kena juga)

Walaupun medical card yang stand alone tapi rugi penjawat awam yang tidak ambil kesempatan. Bayaran sangatlah murah, RM40 untuk individu, RM106 untuk keluarga yang mana tiada had bilangan anak. Sekali warded maksimum RM20,000, setahun RM60,000. Tahun berikutnya akan jadi semula RM60,000. Cukuplah kalau sakit kritikal penjawat awam boleh pergi hospital kerajaan.

Untuk makluman saya bukan ejen CuepacsCare ya. Penjawat Awam boleh klik link untuk daftar melalui http://www.cuepacscare.my/registration

Sekian perkongsian saya, semoga bermanfaat untuk anda atau kenalan anda.

Sumber: FB Nur Shahidah

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: