KemanusiaanPolitik & KerajaanTerkiniViral

ADUN Ketari bertunang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, 31, telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya dikenali sebagai Edrin Furtado.

Young Syefura menerusi akaun Instagram miliknya semalam berkongsikan dua gambar majlis pertunangannya itu dengan kapsyen, “Alhamdulillah”.

Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan itu kemudiannya menerusi balasan kepada komen para pengikut akaun Instagram miliknya itu, berterima kasih kepada semua yang mengutuskan ucapan tahniah kepadanya.

“Terima kasih semua!. Maaf tak dapat nak balas satu-satu. Doakan semoga majlis pernikahan nanti berlangsung dengan sempurna. InsyaAllah.” katanya.

https://www.instagram.com/p/CLykN8Qgonq/?igshid=iuu3h2ic6i0b

Young Syefura atau Rara pada awal tahun ini dilaporkan  mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.

Beliau  sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.-KLIQ NEWS

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: