Seni & Hiburan

#stayathome: Captain America lawan Cyclops

Oleh FADZIL ZAINOL

Memandangkan seluruh dunia sedang berdepan cabaran #stayathome bagi mencegah penularan virus Covid-19, syarikat komik terkemuka, Marvel menawarkan bacaan komik mereka secara percuma melalui platform digital.

Pembacaan percuma itu boleh didapati dengan memuat turun aplikasi Marvel Comics atau Marvel Unlimited di telefon pintar masing-masing.

Antara bacaan ditawarkan ialah Avengers, Black Panther, Civil War, Captain Marvel, Spider-Man dan beberapa lagi.

Mungkin paling menarik ialah komik Avengers Vs. X-Men yang diketuai watak ikonik masing-masing, Captain America (Avengers) dan Cyclops (X-Men).

Ia mengisahkan ramalan oleh team Avengers bahawa satu kuasa daripada komuniti X-Men akan menjahanamkan dunia. Keadaan itu menyebabkan X-Men menyerang balas atas alasan mahu mempertahankan komuniti mereka.

Hampir semua bacaan digital yang ditawarkan itu telah diterbitkan beberapa tahun lalu, dan sedikit sebanyak telah mempengaruhi atau menjadi panduan jalan cerita filem-filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU) yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

KLIQ NEWS mengharapkan cerita-cerita dongeng yang ditawarkan itu boleh mengisi masa lapang semasa duduk di rumah, dan tidak meninggalkan rumah tanpa sebab penting demi membantu frontliners kita membasmi COVID-19 dengan jayanya.-KLIQ NEWS

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: