Beregu badminton nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membutirkan pingat pertama untuk negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila meraih pingat gangsa malam tadi.
Pasangan itu memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga dengan menewaskan beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam pertarungan hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.
Walaupun gagal mara ke final selepas tewas kepada beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir semalam, kejayaan merangkul pingat gangsa cukup mengembirakan rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, kemenangan itu sedikit sebanyak menyejukkan hati rakyat negara ini yang sedang berduka ekoran pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda reda selain kekecewaan dengan krisis politik terbaharu yang melanda.
Air mata rakyat Malaysia turut mengiringi tangisan gembira mereka yang tertumpah di bumi Tokyo.
Terima kasih Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kami berdua buat kami rasa bangga. Cuba lagi di Paris nanti.