Lebih 43,000 kes kematian telah dicatat di negara ini akibat AIDS/HIV, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Jumlah berkenaan selepas kes pertama HIV/AIDS di negara ini dikesan pada 1986.
Sebanyak 3,293 kes baharu jangkitan HIV pula dikesan di negara ini pada tahun 2018. Dalam pada itu, rawatan ART (antiretroviral) boleh merawat jangkitan HIV daripada terus merebak, namun pencegahan awal adalah lebih penting.