43 ribu perlu tablet komputer

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini mendedahkan telah mendapat sebanyak 43,000 ribu mesej daripada orang ramai yang memerlukan tablet komputer untuk digunakan untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Selepas beliau memaklumkan semalam, bahawa telah membeli 100 buah tablet komputer untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukannya.

Menerusi akaun Facebooknya hari ini, Ebit berkata, kesemua yang memohon tablet komputer tersebut ada di antaranya orang kelainan upaya, anak yatim piatu dan terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Sayu rasa hati, dalam separuh hari sahaja 43,000 mesej atau 43,000 orang perlu tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri,” katanya hari ini.

Ebit Lew membeli 100 buah tablet komputer untuk dihadiahkan kepada pelajar yang benar-benar memerlukan.- Gambar Facebook Ebit Lew

Semalam Ebit memberitahu, mereka yang benar-benar memerlukan boleh menghubunginya selepas dia membeli 100 buah tablet komputer untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk tujuan pembelajaran dalam talian ketika ini.

Sementara itu, dia juga memaklumkan, permintaan individu yang memerlukan kerusi roda kini mencecah 8,000.

“Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak, maafkan saya ya, tidak dapat membantu ramai lagi maafkan saya.

“Semoga Allah ampunkan dosa saya, ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah lapangkanlah buat saudaraku semua, semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya.

Editor

Related Posts

Edar pek makanan Ramadan di 11 negara

Mendepani jangkaan kemelesetan ekonomi

Read more

Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrik

Sebanyak 31 buah keluarga

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: