Ekonomi

Perlu tangguh pembayaran LPPSA

Kerajaan perlu memberikan pertimbangan serius terhadap rayuan para peminjam daripada dalam kalangan penjawat awam supaya bayaran balik pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ditangguhkan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya mengambil maklum keluhan dan harapan ramai penjawat awam termasuk persatuan-persatuan pekerja perkhidmatan awam selepas pengumuman moratorium oleh institusi-institusi perbankan selama 6 bulan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ia bagi mengurangkan beban rakyat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

“Pemuda UMNO berpendapat pemanjangan penangguhan bayaran balik LPPSA sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan (disposable income) sekali gus merancakkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam objektif Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Asyraf Wajdi, perbelanjaan domestik seperti makanan, utiliti dan barangan keperluan lain turut meningkat dengan perlaksanaan PKP yang turut memberi impak besar kepada 1.7 juta penjawat awam.

“Pemuda UMNO berharap pihak Kerajaan khususnya LPPSA dapat memberikan pertimbangan serius terhadap rayuan para peminjam dari kalangan penjawat awam yang banyak jasanya kepada negara selama ini,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: