Parlimen Penggal Ke-14 dibubarkan

schedule
2022-10-10 | 10:12h
update
2022-10-10 | 10:12h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Advertisement

Parlimen Penggal Ke-14 dibubarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Parlimen bagi Penggal Ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Menerusi perutusan khas beliau yang disiarkan secara langsung bermula pukul 3 petang tadi, Perdana Menteri mamaklumkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari semalam.

Ia bagi menyembah warkah permintaan kepada Baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan
memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya dalam perutusan tersebut.

Ismail Sabri sementara itu berkata, beliau mengesyorkan ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen.

Tambahnya, ia meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos

“Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ” tambahnya.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
01.05.2026 - 03:46:34
Privacy-Data & cookie usage: