PRU-15 semakin hampir?

schedule
2022-10-06 | 12:31h
update
2023-01-07 | 04:23h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Advertisement

PRU-15 semakin hampir?

Khabar bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin bertiup kencang.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri dilihat tiba di pintu pagar utama Istana Negara kira-kira pukul 3.49 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan.

Beliau kemudiannya meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, menerusi Facebook Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat Pra-Kabinet.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan Istana Negara

Terdahulu ketika meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, Ismail Sabri berkata kepada pemberita, agenda berkaitan pembubaran Parlimen mungkin akan dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 hangat diperkatakan selepas Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini membuat keputusan supaya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo!, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO, dikatakan menghadiri mesyuarat bersama ‘Top 5’ (lima pemimpin tertinggi) UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 18:41:06
Privacy-Data & cookie usage: