Sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 bermula 2 Januari

schedule
2021-11-15 | 09:07h
update
2021-11-15 | 09:07h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 bermula 2 Januari

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan pula adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B,” kata Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kalendar akademik sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesasawang Kementerian Pendidikan menerusi pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 19:50:02
Privacy-Data & cookie usage: