Messi akhirnya julang trofi bersama Argentina

schedule
2021-07-11 | 07:28h
update
2021-07-11 | 07:28h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Messi akhirnya julang trofi bersama Argentina

Akhirnya, sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Lionel Messi buat pertama kali menjulang trofi bersama skuad kebangsaan Argentina.

Messi mencium trofi kejuraan Copa America selepas Argentina menewaskan Brazil 1-0 dalam final. – FOTO AP
Advertisement

Ia selepas pasukan ‘tango’ itu menewaskan Brazil dengan keputusan 1-0 dalam final Copa America di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pagi tadi.

Gol kemenangan Argentina terhasil menerusi sentuhan Angel Di Maria pada minit ke-22 menewaskan penjaga gol Brazil, Ederson, selepas dia menerima hantaran cantik daripada Rodrigo De Paul.

Angel De Maria menjaringkan gol kemenangan buat Argentina ketika menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir Copa America. – FOT0/COPAAMERICA

Kejayaan Argentina ini menjadikan menamatkan kemarau trofi Messi bersama skuad kebangsaan dalam kejuaraan utama sejak bintang Barcelona itu dipanggil buat pertama kali mewakili skuad senior negaranya pada Ogos 2005.

Pencapaian tertinggi Messi bersama Argentina adalah memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Lionel Messi ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China

Lebih mengembirakan, Messi juga menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan, ‘assist’ terbanyak malah merangkul gelaran pemain terbaik.

Pada 2015, Messi juga pernah mendapat gelaran pemain terbaik Copa America yang ketika itu berlangsung di Chile.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 04:24:44
Privacy-Data & cookie usage: