Bekas wartawan buka pusat cuci kereta

schedule
2021-02-12 | 05:43h
update
2021-02-20 | 14:12h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Bekas wartawan buka pusat cuci kereta

Bagi mereka yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan khususnya di sekitar Ampangan, bolehlah hantar kenderaan anda untuk dibasuh di Syed Carwash & Auto Detailing.

Pusat cuci kereta ini diusahakan oleh seorang bekas wartawan Kosmo! dan Harian Metro, Syed Ahmad Zulkarnain dan ia baharu sahaja dibuka sejak seminggu lalu.

Advertisement

Menurut Syed, kedainya mahu dibuka lebih awal namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia terpaksa ditangguhkan.

Kedainya terletak di Kampung Sungai Landak, Ampangan tidak jauh dari UTC Seremban dan bersebelahan dengan bengkel Khalis Autowork.

Menurut Syed lagi, selain membasuh kenderaan, kedainya turut menawarkan perkhidmatan coating, polish and wax, interior cleaning dan membasuh karpet dengan harga paling berpatutan.

Marilah, beri sokongan kepada Syed yang baharu memulakan perniagaannya.

Jika pusat cuci kereta yang selalu anda hantar asyik penuh sahaja, jadikan Syed Carwash & Auto Detailing satu lagi pilihan. Jom support.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
18.04.2026 - 22:02:55
Privacy-Data & cookie usage: