Hanya jual ikan laga, mampu raih pendapatan lima angka

schedule
2020-06-08 | 04:41h
update
2020-06-08 | 04:56h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Hanya jual ikan laga, mampu raih pendapatan lima angka

Bermula dengan hanya sebagai hobi iaitu membela seekor ikan laga berharga RM2.50, telah mengubah hidup seorang anak muda dari Melaka, Arif Harithah sehingga kini mampu menjadikan menjual ikan laga sebagai kerjaya sepenuh masanya.

Berkongsi pengalaman menerusi akaun Twitter miliknya iaitu @arifharithah46, dia memberitahu sudah terlibat dalam bidang penjualan ikan laga selama lebih empat tahun.

Saya mulakan bende ni sebagai hobby dari masa zaman belajar dulu , tak serius pun , bermula dengan ikan laga Rm2.50 . Dulu pon saya tengok market ikan laga ni biasa , tak tahun pon ada yang harga puluh hingga ratus2 . pic.twitter.com/h9wQ0ALUCo

— arifbetta ikan laga (@arifharithah46) June 3, 2020

“Kerjaya saya hanya menjual ikan laga full time, saya tiada kerja lain. Diploma pun saya tak habis, sebab saya ada sakit masa tu.

“Saya mulakan benda ni sebagai hobby dari masa zaman belajar dulu, tak serius pun, bermula dengan ikan laga Rm2.50.

“Dulu pun saya tengok market ikan laga ni biasa, tak tahu pun ada yang harga puluh hingga ratus-ratus,” katanya.

Advertisement

Tambah Arif, dia mula belajar membiak ikan laga daripada pasangan pertama ikan laga yang dibelinya dengan harga sebanyak RM150.

“Banyak kali tak jadi, tapi tak putus asa, saya terus kaji dan buat sampai la sekarang, sempit satu rumah ada ribu-ribu ekor,” kongsinya lagi.

Menurut Arif lagi, selain mempunyai kedai sendiri di Semabok, Melaka, dia juga menjual ikan laganya secaranya carboot sale dan di uptown.

“Online platform pula ada Facebook, Instagram, Shoppee, Telegram, WhatsApp. Mudah sekarang,” katanya.

Tambah Arif, hasil kesungguhan dan minatnya itu, kini dia mampu meraih pendapatan mencecah sehingga lima angka dengan hanya menjual ikan laga malah menerusi kepakarannya itu juga telah menarik minat pihak Kolej Komuniti Tampin.

“Alhamdulillah, 10/7/2019, saya diberi kepercayaan dan dilantik sebagai panel bagi subjek ikan perhiasan di Kolej komuniti Tampin. So kalau kawan-kawan ada persoalan tentang ikan lebih-lebih lagi pasal ikan laga, boleh terus direct saya 016-2925 546,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli ikan laga daripada Arif boleh ikuti akaun Instagram miliknya iaitu @arifbetta. – KLIQ NEWS

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 07:19:17
Privacy-Data & cookie usage: