BPN: Gunakan data lebih meluas, terkini

schedule
2020-05-09 | 14:44h
update
2020-05-09 | 16:09h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

BPN: Gunakan data lebih meluas, terkini

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan supaya menggunakan pelbagai sumber data yang lebih meluas dan terkini untuk pertimbangan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, kerajaan mempunyai banyak sumber data yang boleh memberikan maklumat mengenai pendapatan ataupun status pekerjaan orang ramai.

“Kita ada KWSP dan LHDN mengenai pendapatan. Ada Perkeso bagi caruman dan yang hilang kerja.

“Ada Bank Negara, ada Jabatan Statistik dan agensi kerajaan yang buat survei selalu.

“Jangan kedekut. Berikan bantuan secukup-cukupnya kepada rakyat. Berikan bantuan kepada seramai-ramainya,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Bekas Presiden UMNO itu mengulas laporan portal Suara Merdeka bertajuk “BPN: Bekas kakitangan Utusan berputih mata” yang disiarkan hari ini.

Laporan itu memaklumkan ramai bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) yang diberhentikan kerja sejak Oktober tahun lepas kecewa kerana gagal mendapat BPN kerana dikatakan tidak layak.

Selain daripada lebih 1,000 bekas kakitangan Utusan yang tidak mendapat bantuan itu, dipercayai nasib yang sama di alami oleh lebih 100,000 rakyat negara ini yang mengalami nasib yang sama iaitu diberhentikan kerja tahun lepas dan tahun ini.

Sementara itu, ujar Najib, sesiapa yang terima BPN tetapi tidak memerlukannya, boleh memulangkan semula wang tersebut kepada kerajaan.

Kementerian Kewangan memaklumkan orang ramai kini boleh menyemak status permohonan dan rayuan BPN mereka mulai hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah pun selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan yang dibuka dari 1 hingga 20 April lalu.- KLIQ NEWS.

Editor

Website:

Edar pek makanan Ramadan di 11 negaraAMP
Muhammad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia bersama Ketua Kampung Padang Kiambang, Fadil Malik mengangkat barangan elektrik yang akan disumbangkan kepada penduduk terjejas.
Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrikAMP
Ruksana Nur Mohammad (dua dari kanan) sedang menjalankan sesi pengukuhan bacaan petikan Bahasa Melayu bersama para pelajar RISE.
Berstatus pelarian tidak halang Ruksana kejar impianAMP
Islamic Relief Malaysia sasar kutipan RM2.3j sempena RamadanAMP
Islamic Relief Malaysia terus bantu dalam kempen rayuan musim sejukAMP
1,000 keluarga terima sumbangan DeepavaliAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanah
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
09.11.2026 - 05:32:54
Privacy-Data & cookie usage: