Ikan yu paus mungkin sesat

schedule
2019-08-17 | 16:26h
update
2019-08-17 | 16:26h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

Ikan yu paus mungkin sesat

Bangkai ikan yu paus seberat yang ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor awal hari ini sebelum dibawa nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, Muar, Johor akan dibawa ke Terengganu untuk diketahui punca kematiannya.

Bangkai yu paus daripada spesies Rhincodon Typus dan seberat lima tan itu akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.  Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata, pihaknya percaya yu paus itu berkemungkinan sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya.

Malah nelayan juga tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di kawasan perairan itu sebelum ini. Yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat. Hari ini tular di media sosial gambar penemuan ikan itu yang turut menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat bangkai haiwan tersebut. *Sumber gambar Jabatan Perikanan Malaysia

Editor

Website:

Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Tilam baharu, permulaan sebuah kehidupanAMP
Sejarah t-shirt poloAMP
Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFFAMP
Tanah runtuh: Operasi mencari 12 lagi mangsa diteruskanAMP
Muhammad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia bersama Ketua Kampung Padang Kiambang, Fadil Malik mengangkat barangan elektrik yang akan disumbangkan kepada penduduk terjejas.
Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrikAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.11.2026 - 02:01:01
Privacy-Data & cookie usage: