10GB data percuma: Syarikat telco perlu kongsi dengan rakyat

Bagi membantu rakyat negara ini bagi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan COVID-19, syarikat-syarikat telco diminta untuk berkongsi keuntungan perniagaan mereka dengan memberikan 10GB data kepada orang ramai

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menjelaskan, keuntungan telco Malaysia adalah amat tinggi berbanding negara lain, sehubungan itu beliau berpendapat, syarikat-syarikat tersebut perlul berkongsi sedikit keuntungan berkenaan dengan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan

“Amat bersetuju dengan saranan Shahrul Fadhel agar syarikat-syarikat telekomunikasi berkorban sedikit keuntungan mereka membantu rakyat Malaysia tatkala Perintah Kawalan Pergerakan #Covid19.

“Berikan data percuma. Ramai yang perlu kerja dari rumah, bukannya mereka duduk goyang kaki semata. Saya tak perlu ulas panjang, hujah beliau tepat sekali. Cuma nak tambah, bukan 5GB tetapi 10GB pun syarikat telco mampu,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini

Kenyataan Shahril Sufian Hamdan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah Shahril Sufian, syarikat-syatikat besar tersebut juga perlu membuktikan bahawa mereka juga boleh berkorban ketika negara sedang menghadapi krisis ketika ini

“Lazimnya bila bercakap tentang soal pendapatan rakyat, soal naikkan gaji, atau apa-apa sahaja yang memberi kos kepada sektor swasta, hujah balas adalah “ini pasaran bebas; syarikat tak mampu” dan sebagainya.

“Hakikatnya, banyak syarikat besar yang mampu. Soalnya nak atau tak nak buat sahaja. Ini bukan ketika yang biasa – ini senario luarbiasa. Harap mereka buktikan bukan hanya Kerajaan, penjawat awam, pekerja kesihatan dan rakyat biasa berkorban dalam menghadapi krisis ini. Berkongsilah sikit keuntungan tu dengan rakyat,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempersoalkan tindakan syarikat-syarikat telco dalam memberi bantuan kepada rakyat ketika negara dilanda wabak COVID-19

“Sekurang-kurangnya jangan potong internet atau kenakan penalti jika lambat bayar dalam tempoh 3 bulan akan datang.

“Atau bagilah upgrade pakej data percuma kerana ramai yang main internet semasa duduk di rumah dalam tempoh 2 minggu ini,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Kadar Rancangan Makanan Tambahan naik

Kerajaan menaikkan kadar pemberian

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: