Berita AmEkonomi

10 cabaran kritikal perniagaan sekarang

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif 10 cabaran bisnes pada tahun 2022 dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pukul 8 pagi, Ahad ini.

Menurutnya, banyak perkara dikaji dalam tempoh dua minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang dijangka malah disebut juga pada Ogos tahun lalu.

Katanya, kenaikan harga sesetengah barang dilihat sekitar 30 peratus hingga lebih 100 peratus ketika ini.

“Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama pemilik bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

“Saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan jika kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘lingkup,” katanya.

Tambahnya, ketika ini pasaran bergerak perlahan, inflasi dan orang ramai lebih berjaga-jaga berbelanja .

“Tapi bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, gunakan semua platform yang ada.

“Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini,” ujarnya.

Klik dan sertai saluran Telegram) sekarang.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama pemilik bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan jika kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan lingkup

DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this: